Duit Kopi

AngryUser
New-in-Town ✪

Duit Kopi

Selepas pasangan wifi, contractor minta saya bagi RM60, katanya kos pemasangan. Kos tersebut tidak termasuk dalam 'charge imposed' seperti yang dicatat dalam emel official Unifi. Tidak juga terdapat sebarang kos penambahan yang perlu saya bayar seperti dalam installation guide ini. 

https://community.unifi.com.my/t5/Installation/unifi-installation-journey-and-installation-guide/ta-...

Adakah RM60 itu setakat extra income untuk contractor tersebut? 

 

3 REPLIES 3
nayauneko
Sheriff

Re: Duit Kopi

Hai @AngryUser . Setahu saya caj pemasangan telah dikecualikan untuk pemasangan standard. Jika premis anda memerlukan pemasangan non standard, caj akan dikenakan dan perlu di bayar terus kepada pihak installer, anda boleh rujuk pautan ini untuk kepastian. Anda juga boleh rujuk mana-mana unifi support untuk semakan dan bantuan lanjut, https://home.unifi.com.my/support/contact-us.

Kasmaini
Distinguished Citizen ✪✪✪

Re: Duit Kopi

Jika Non Standard Installation,caj harus dibayar terus kepada Kontraktor selepas siap pemasangan unifi Fibre di rumah anda

nabiela
Sheriff

Re: Duit Kopi

Hi @AngryUser . Setahu saya caj pemasangan hanya akan dikenakan jika rumah pelanggan perlukan non-standard installation dan kos tersebut dibayar terus pada kontraktor. Kalau ada keraguan berkenaan caj pemasangan, boleh request resit dengan kontraktor dan buat laporan kepada TM untuk pengesahan. Cuba buat semakan semula dengan customer service TM ( https://home.unifi.com.my/support/contact-us)