Hai semua,
Penantian pengunjung setia Genting Highlands bakal berakhir kerana taman tema bertemakan filem, Genting SkyWorlds dijangka dibuka kepada umum pertengahan tahun 2021.
Apa yang bakal ada di Genting SkyWorlds nanti? 9 jenis tarikan bertemakan filem iaitu Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio. Terdapat 26 tarikan utama di taman tema berkeluasan 26 ekar dan semestinya roller coaster yang lebih mengujakan menanti pengunjung.
Anda boleh melihat first look untuk taman tema ini pada video di bawah. Disebabkan penutupan pintu sempadan negara, fokus utama RWG adalah untuk memberi tumpuan kepada warga tempatan untuk menjadi antara yang pertama mencuba taman tema ini.
Dapatkah kita merasa pergi ke Genting SkyWorlds nanti? Diharap semuanya akan kembali pulih secepat yang mungkin dan kita boleh jalani kehidupan seperti biasa.
... View more