#TMNews
𝗧𝗠 𝗢𝗡𝗘 𝗖𝗹𝗼𝘂𝗱 𝗔𝗹𝗽𝗵𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗧𝗿𝗮𝗻𝘀𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗦𝗲𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗦𝗮𝘁𝘂-𝘀𝗮𝘁𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝘆𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟
Selaku satu-satunya Penyedia Perkhidmatan Awan (Cloud Service Provider - CSP) Malaysia di bawah MyDIGITAL – Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), unit perniagaan perusahaan dan sektor awam kami, TM ONE, bersedia untuk memberi khidmat kepada sektor awam dengan infrastruktur dan perkhidmatan awan yang menyeluruh, iaitu Cloud α (disebut sebagai Cloud Alpha).
Kami ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan atas rangka tindakan MyDIGITAL yang bersejarah ini. Kami sememangnya amat berbesar hati kerana telah dilantik sebagai satu-satunya CSP milikan Malaysia dalam panel MyDIGITAL; dan kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana meletakkan kepercayaan kepada kami untuk memainkan peranan penting dalam perjalanan transformasi digital ini, serta keyakinan terhadap kemampuan perkhidmatan awan kami yang sememangnya setanding dengan CSP global.
Perkhidmatan awan adalah asas teknologi yang akan membolehkan Kerajaan melaksanakan inovasi-inovasi baharu, mencapai kecekapan kos dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan awamnya kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami komited untuk melengkapkan dan meningkatkan infrastruktur awan Kerajaan dengan TM ONE Cloud α. Ia sememangnya amat sesuai untuk menyediakan teknologi dan perkhidmatan yang diperlukan bagi merealisasikan aspirasi MyDIGITAL dan melonjakkan negara kita menuju Negara Digital sepenuhnya menjelang 2030 – dan ke arah masyarakat yang lebih digital, perniagaan digital dan kerajaan digital. Ini bertepatan dengan peranan unik kami sebagai pemacu Digital Malaysia.
𝘉𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘶𝘩: http://bit.ly/TMNews22Feb21
#𝘬𝘦𝘬𝘢𝘭𝘱𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘦𝘬𝘪𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 & 𝘬𝘦𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯, 𝘢𝘮𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘫𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘧𝘪𝘻𝘪𝘬𝘢𝘭 & 𝘫𝘢𝘨𝘢 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘳𝘴𝘪𝘩𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘳𝘪. #𝘔𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵𝘋𝘪𝘨𝘪𝘵𝘢𝘭 #𝘕𝘰𝘳𝘮𝘢𝘉𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶 #𝘗𝘒𝘗 #𝘗𝘌𝘕𝘑𝘈𝘕𝘈 #𝘑𝘌𝘕𝘋𝘌𝘓𝘈
... View more