Saya ada masalah dengan STB EC2108E (STB petak warna silver dengan paparan screen kecil di depan). Selepas firmware upgrade kepada versi baru, STB jadi lagging teruk, paparan tak menarik, kurang mesra pengguna, tak boleh off STB menggunakan remote control dan saya tak berminat dengan firmware baru tu. Dah call TM, mereka sarankan saya menukarkan STB baru yang latest dengan bayaran atau sambung kontrak. Masalahnya saya tak berminat dengan menukar STB baru dengan bayaran atau sambung kontrak memandangkan saya tiada masalah dengan STB firmware versi lama, dah minta TM downgrade firmware tapi TM tak boleh buat. Jadi apa yang saya perlu lakukan sekarang, adakah saya ada hak untuk paksa TM Unifi downgrade ke firmware versi sebelumnya? dan saya tak faham adakah firmware baru tak diuji dulu untuk STB lama? Saya stress setiap kali guna Unifi TV, nak tukar channel pun lag. Harap ada yang boleh membantu memandangkan pihak TM pun tak dapat membantu tanpa bayaran.
... View more