Ini kerja samada spyware, trojan, malware, worm, hijacker atau virus. Spyware dan Trojan adalah fail yang berada dalam komputer anda untuk membuat kerja intipan bagi mendapat maklumat dan akan selalu menghantar mesej kepada penghantarnya. Hijacker adalah perisian yang membawa anda ke website lain dan biasanya iklan sementara virus dan worm adalah fail untuk membuat kerja merosak sistem komputer anda dan malware pula menyebabkan sistem komputer anda jadi "gila". Malang sekali banyak fail game dicemari dengan spyware dan trojan. Bila fail ini mula berhubung dengan tuannya ia akan mengambil sebahagian besar band internet anda. Sebab itu speed akan drop dengan ketara. Anda perlu menggunakan perisian malware untuk membuang semua masalah diatas. Selamat mencuba.
... View more