Saya telah membeli pakej remaja kali ke-2 , tetapi sejak 2/5/22, speed LTE saya dlm pakej ni telah dihadkan kpd 0.1mbps. No rujukan kes : CAS-220503-463610 Utk makluman pihak tuan/ puan, kelembaban Ini TIDAK berlaku apabila saya guna pakej Bebas daily Atau 2 hours dengan sim kad yang sama, phone yang sama, pelbagai lokasi yang sama. Apn pun saya dah berkali -kali reset. Aduan Ini pun saya telah kemukakan sejak 2/5/22, dapat nombor rujukan kes pada 3/5/22. Hari ini dah 11/5/22 tetapi saya masih tidak dapat maklumbalas daripada pihak unifi Atau cara penyelesaian daripada pihak unifi. Adakah saya yang perlu beli pakej Bebas monthly / daily / 2 hours di samping pakej remaja saya yang masih aktif dan berkuota? Kalau macam tu, bolehkah pihak unifi memberi pampasan atas baki 13G high speed data yang saya tidak dapat guna atas sebab pihak unifi gagal menyelesaikan masalah saya ? Diharap masalah yang dinyatakan dapat diselesaikan dengan cekap dan adil utk kemudahan pengguna.
... View more